Setiap haiwan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan kemandirian spesisnya.
Haiwan perlu membiak untuk memastikan spesis mereka akan kekal. Bagaimanapun, membiak sahaja tidak mencukupi.Mereka perlu menjaga telur yang dihasilkan dan anak yang dilahirkan itu berjaya hidup dan membesar.
Haiwan membiak melalui dua cara iaitu melahirkan anak dan bertelur.Haiwan yang melahirkan anak akan menjaga dan menyusui anaknya. Anaknya bergantung kepada susu ibu untuk membesar.
Induk akan sentiasa memastikan anaknya selamat daripada ancaman pemangsa.
Haiwan yang bertelur pula mempunyai cara yang berbeza bagi memastikan telurnya selamat.
Terdapat haiwan yang bertelur banyak dan ada yang bertelur sedikit.
Sebilangan haiwan yang bertelur menjaga telurnya dan ada yang tidak menjaga telurnya.
Haiwan dari kumpulan burung, reptilia (ular dan buaya) dan beberapa jenis ikan menjaga telur sehingga menetas.
Mereka juga turut menjaga anak daripada ancaman pemangsa.
Cara Haiwan Menjaga Telur dan Anaknya
Haiwan yang melahirkan anak
Gajah
Gajah akan memastikan anaknya selamat dengan cara hidup berkumpulan atau kawanan.
Ia akan bertindak ganas dengan menyerang pemangsa sekiranya ada yang cuba mengganggu anaknya.
Harimau dan Singa
Harimau atau singa memastikan anaknya dapat hidup dengan selamat dengan cara menyusukan anaknya dan akan menyerang pemangsa apabila terancam.
Kanggaru
Kanggaru menyusukan anaknya dan sentiasa membawa anaknya di dalam kantung bagi memastikan anaknya berada di dalam keadaan selamat. Anaknya akan berasa selamat dan panas di dalam kantung sehingga mereka cukup besar dan tidak perlukan kantung lagi.
Ikan Paus dan Ikan Lumba-lumba
Kedua -dua jenis haiwan ini merupakan mamalia yang melahirkan dan menyusukan anaknya.
Mereka sentiasa berada di sisi anak untuk memastikan keselamatan anak terjamin.
Badak dan Lembu
Melahirkan dan menyusukan anak mereka. Mereka hidup berkumpulan dan akan menyerang pemangsa yang mengganggu anaknya dengan tanduk.
Monyet
Monyet hidup secara berkumpulan dan menyusukan anaknya.
Haiwan yang bertelur
Burung
Burung membina sarang di atas pokok. Ia mengeram telurnya sehingga menetas dan setelah menetas, burung akan memberi anaknya makanan. Burung juga sentiasa mengawasi sarang agar tiada pemangsa dapat mengganggu anaknya.
Ikan
Ikan bertelur banyak dan membiarkan telurnya menetas. Bagi ikan tilapia, ia menyimpan telurnya di dalam mulut sehingga menetas.
Penyu
Penyu bertelur banyak dan bertelur pada waktu malam. Ia menimbus telurnya di dalam pasir. Selepas itu, ia meninggalkan telurnya dan balik ke laut.
Katak
Katak bertelur banyak dan bertelur di air. Telurnya diselaputi oleh lendir. Katak tidak menjaga telurnya tetapi ada di antara telurnya yang banyak itu berjaya menetas.
Rama-rama
Rama -rama bertelur banyak dan bertelur di bahagian bawah daun.
Penguin
Penguin bertelur sedikit dan setelah bertelur, ia meletakkan telurnya di bawah kakinya untuk dieram selama 60 hari. Setelah menetas, ibu penguin akan mencari makanan untuk diberi kepada anaknya.
Siput
Siput bertelur kira-kira 60 hingga 100 biji telur dan bertelur pada waktu malam. Ia menimbus telurnya di dalam pasir yang lembap dan juga di bawah batu.
Ular
Ular bertelur sedikit dan melingkari telurnya agar selamat. Ia akan menyerang pemangsa yang cuba memakan telurnya itu.
Belalang
Belalang bertelur banyak dan telur yang dihasilkan sangat kecil. Ia bertelur di atas tanah.
Kuda Laut
Kuda laut jantan menyimpan telur di dalam badannya sehingga menetas. Ia juga melindungi dan menjaga anaknya sehingga dapat hidup sendiri.
Buaya
Buaya bertelur di dalam pasir. Ia sentiasa mengawasi telurnya dan setelah telurnya menetas, ia membawa anaknya di dalam mulut.
Kala Jengking
Kala jengking membawa anaknya di bahagian belakang badannya.
Lipas
Telur lipas diliputi oleh selaput luar yang keras. Lipas menyembunyikan telurnya di tempat yang gelap
Labah-labah
Labah-labah membawa telur di bahagian bawah badannya.
nota ringkas tentang cara haiwan menjaga telur dan anak
BalasPadamGreat note for UPSR
BalasPadamSangat berfaedah
BalasPadamCara ikan menjaga telurnya
BalasPadamcontoh haiwan yg tidak menjaga anak dan telur x dak ye
BalasPadammengapakah haiwan beetelur sedikit
BalasPadamMengapa haiwan bertelur sedikit
BalasPadammengapakah haiwan bertelur sedikit?
BalasPadammengapakah haiwan bertelur banyak
BalasPadamT
PadamAp yg akn berlaku sekiranya haiwan tidak mnjaga telur dan anaknya?
BalasPadamAnak ya akn mati
PadamGood👍
BalasPadammengapakah ada haiwan bertelur sedikit?tolong jawab,ya.
BalasPadamterima kasih
BalasPadamWawa......nice blog
BalasPadam