Latihan

LATIHAN
Bahagian A (Uji Diri)
1. Mengapa haiwan menjaga telur dan anaknya?
2. Namakan dua jenis haiwan yang menyusukan anaknya.
3. Bagaimana kanggaru memastikan anaknya selamat?
4. Namakan dua jenis haiwan yang mengeram telurnya sehingga 
    menetas.
5. Mengapakah ada haiwan yang bertelur pada waktu malam?
Bahagian B (Struktur)
Soalan 1
                                               Rajah 1
a)Apakah yang sedang dilakukan oleh burung dalam Rajah 1 
   tersebut?

b) Berikan inferens tentang jawapan anda di (a).
(c) Buat kesimpulan berdasarkan perkara di atas.

Soalan 2
Rajah 2 menunjukkan seekor penyu sedang bertelur.

                                                  Rajah 2
(a) Di manakah penyu bertelur?
(b) Mengapakah penyu bertelur pada waktu malam?
(c) Berikan dua alasan mengapa penyu menimbus telurnya di dalam
      pasir? 

(d) Penyu boleh menghasilkan telur melebihi 200 biji. Mengapakah
      penyu bertelur banyak pada satu masa?

3. Carta palang di bawah menunjukkan kajian tentang bilangan
    penetasan telur yang menjadi dewasa bagi penyu dan ayam. 






(a) Nyatakan pemerhatian kamu tentang bilangan telur penyu 
      berbanding telur ayam. 

(b) Berikan inferens kamu.

(c) Apakah yang boleh kamu nyatakan tentang bilangan telur ayam
     dan ayam dewasa?

(d) Berikan kesimpulan bagi jawapan di (c).

(e) Nyatakan hubungan di antara bilangan telur ayam dengan 
      kemandirian spesisnya.

(f) Berikan inferens tentang perbezaan bilangan telur penyu dengan
     bilangan penyu yang menjadi dewasa.

(g) Ramalkan bilangan telur ayam yang akan menetas menjadi 
     dewasa jika telur itu diramkan dalam alat pemanasan?


Bahagian C (Objektif )

1. Rajah 1 menunjukkan tiga jenis haiwan.









   

                  X                                                Y                                                    Z

Rajah 1
Haiwan manakah yang menjaga anaknya?

A   X sahaja                      C   X dan  Y  sahaja                
B   X dan Z sahaja            D   X, Y dan Z
2.                   
  •  Bertelur  banyak
  •  Tidak menjaga telurnya
  •  Bertelur di bahagian bawah daun

Haiwan manakah yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
A  Burung             B   Ular            C  Rama-rama    D  Siput
3. Rajah 3 di bawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh


sejenis haiwan.

 Rajah 3

Apakah yang dilakukan oleh haiwan tersebut?

A  Persaingan                          C  Pemeliharaan
B  Pemuliharaan                      D  Kemandirian spesis

4. Manakah di antara berikut BENAR tentang siput?

    A  Bertelur sedikit                  C   Bertelur di dalam tanah lembap
    B   Menjaga telurnya              D   Telur diliputi kulit yang keras

5. Bagaimanakah cara haiwan dalam Rajah 4 memastikan 
    kemandirian spesisnya?


  A  Melahirkan dan menyusukan anaknya
  B  Membawa anaknya di belakang badannya
  C  Mengejar pemangsa yang mengganggu anaknya
  D  Melahirkan lebih daripada seekor anak dalam satu masa 

5 ulasan: