Ahad, 11 November 2012


SAINS TAHUN 5 

Unit 2 


Menyiasat Alam Kehidupan

KEMANDIRIAN HAIWAN


Haiwan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. 
Mempelajari bagaimana haiwan memastikan kemandirian spesis membuktikan keprihatinan kita terhadap mereka yang juga merupakan makhluk Allah yang perlu meneruskan hidup di muka bumi ini. Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza dalam memastikan telur dan anaknya selamat.  
Dapat diperhatikan naluri ibu induk atau ibu haiwan tersebut menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang dan dijadikan iktibar kepada manusia bahawa anak itu adalah anugerah yang tidak ternilai.





Haiwan memiliki keupayaan berkasih sayang dan lindung melindungi.

Begitulah yang digambar di dalam gambar ini. Bagaimana ibu beruang mempertahankan anak anaknya dari harimau.













Terdapat sebuah kisah yang menyayat hati yang melibatkan ibu Dolphin. Menurut berita, kejadian ini berlaku di pusat lawatan ikan lumba-lumba di China. Ketika seorang pelancong sedang mengambil gambar, kelihatan ibu dolphin ini sedang berusaha gigih membawa anaknya yang telah mati pada kelajuan 40 kilometer sejam. Ia dilihat merempuh ombak lautan untuk membawa anaknya yang difikirkan tidak pandai berenang walhal anaknya sudah mati. Beberapa kali anaknya tenggelam dek dilanggar ombak namun ibunya turun semula untuk membawa anaknye ke atas lautan.  Lihat gambar di bawah ini.

































































3 ulasan: