telur siput |
telur lipas |
telur katak |
telur ikan |
Menjaga telur dan anak adalah merupakan cara bagi memastikan spesis sesuatu haiwan selamat dan terus kekal.
Hampir semua mamalia menjaga anak mereka. Ada haiwan yang tidak menjaga anak mereka tetapi mempunyai cara tersendiri bagi memastikan kemandirian spesis melalui panghasilan telur yang banyak dan ciri-ciri telur yang membolehkan sebahagian daripadanya selamat seperti telur diselaputi lendir, telur berkarung, berbau busuk, kecil,menyembunyikan telur dalam buih dan berbagai ciri lagi.
Haiwan adalah sumber makanan, bahan mentah, dan ubat-ubatan.
Jika spesis haiwan mengalami kepupusan, spesis haiwan lain juga akan turut terjejas.
Apabila keadaan ini berlaku, kita akan menghadapi kekurangan sumber khususnya makanan.
Manusia juga perlu meneruskan kehidupan dan mereka bergantung kepada sumber-sumber makanan dan keperluan lain daripada haiwan.
Kesimpulannya, kita tidak dapat hidup tanpa haiwan.
nota tambahan tentang tajuk Kemandirian Haiwan
BalasPadam